20 November 2008

Batas-batas Pergaulan Wanita



1.Suami tiada terbatas bagi isterinya.
2.Semasa dalam pertunangan hendaklah ada muhramnya ketika bertemu dengan bakal suaminya.
3.Si isteri hendaklah meminta izin kepada suaminya untuk membenarkan lelaki lain naik ke rumah.
4.Minta izin daripada suami untuk bercakap dengan lelaki lain.
5.Menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan ketika berhadapan dengan ipar.
6.Jangan bergaul dengan lelaki lain yang tidak disukai suami.
7.Bila ada keperluan yang mendesak untuk berbicara dengan sebarang lelaki maka hendaklah ditemani oleh muhramnya.
8.Dibolehkan bergaul dengan lelaki (yaitu selain suami) yang berikut:
a.Bapanya dan turunan ke atas
b.Bapa mertua hingga turunannya ke atas
c.Bapa saudaranya
d.Adik beradik lelakinya
e.Anak lelakinya
f.Anak lelaki suaminya (anak tirinya)
g.Anak lelaki sesusunya
h.Anak lelaki saudara lelakinya
i.Anak saudara lelaki sesusunya
j.Cucu lelakinya dan seterusnya kepada turunannya ke bawah

No comments: