28 November 2008

Penantian

Kenapa dalam hidup ni mesti ada penantian.......x kira la apa yang kite tunggu tapi dalam setiap saat dalam kehidupan kite mesti ada penantian. Penantian... bukan salah pada aku.....tapi kadang kala aku terpikir kenapa mesti ada penantian dalam hidup kita. Dulu semasa aku masih belajar...aku menunggu saat-saat aku tamat pengajian....lepas habis belajar pula aku tunggu untuk dapat kerja. Bila dah dapat kerja aku menunggu untuk dapat gaji. Huhuhu bila bercakap pasal kerja ada jugak penantian yang datang...aku menunggu untuk balik rumah selepas waktu bekerja. Pendek kata dalam hidup ni kita akan terus menunggu dan menunggu sehinggalah malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kita. Tapi sementara menunggu malaikat maut datang menjemput kita mesti teruskan hidup. kita tidak ada pilihan untuk menentukan bila kita hendak mati dan kita juga tidak ada pilihan untuk menentukan sampai bila kita hendak hidup. Sudah tertulis sejak azali lagi yang jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki kita ditangan Tuhan. Dalam proses menunggu hari kematian yang pasti akan tiba pada aku...aku ingin menjadikan nikmat hidup yang Tuhan berikan pada aku ini bermakna. Aku mahu membalas jasa kedua ibu-bapaku....sesungguhnya mereka banyak berjasa pada aku. Mereka membesarkan aku dengan membanting tulang 4 kerat mereka....biar berpanas...berhujan mereka tetap sabar untuk membesarkan aku dan adik2 ku yang lain. Tidak pernah terucap dibibir mereka tentang beban mereka dalam membesarkan kami adik beradik. Ketabahan dan kesanggupan mereka membesarkan aku dan adik beradik menjadikan kami menjadi manusia yang berguna. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua ibu-bapaku tidak dapat kubalas. Kasih sayang dan perhatian yang mereka berikan tidak mampu dinilai dengan wang ringgit. Apa yang aku harapkan adalah aku dapat menunaikan cita2 ku untuk menghantar kedua ibubapaku menunaikan haji sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Setiap hari aku berdoa pada Allah supaya mengabulkan cita2 ku ini. Sehingga sekarang aku terus menuggu saat-saat yang aku impikan iaitu untuk menunaikan cita-citaku bagi menghantar mereka menunaikan haji. Menunggu lagi.......tapi walaupun apa yang berlaku bagi aku menunggu itu merupakan satu benda yang bermakna dalam hidup setiap individu. Seperti mana aku...menunggu itu sudah menjadi sebahagian dalam hudupku. Apa yang penting adalah apa yang kita tunggu....sekiranya kita menunggu sesuatu yang mendatangkan kebaikan ia adalah lebih bermakna daripada kita menunggu sesuatu yang mendatangkan keburukan. Kepada kedua ibu-bapaku....ma&ayah merupakan ibu-bapa yang terbaik didunia ini......anakmu ini akan mendoakan supaya Allah memberikan balasan syurga padamu. Kepada semua adik beradikku....aku menyayangi dan mencintaimu dunia dan akhirat....buat kawan2 ku....aku juga menyayagi dan mencintaimu dunia akhirat....teramat indah hidup ini kerana aku dikurniakan ibubapa yang sempurna...adik beradik yang penyayang dan kawan2 yang memahami. Coretan ini hanya untuk meluahkan isi hati dan bukan untuk tujuan lain. Amin....

No comments: