20 November 2008

MANUSIA DAN KEHIDUPAN

Hidup manusia menempuh lima alam:
a. Hidup di alam roh (arwah)
b. Hidup di alam rahim ( kandungan ibu)
c. Hidup di alam dunia nyata
d. Hidup di alam barzakh (kubur).
e. Hidup di alam Akhirat, yang kekal abadi

HIKMAH ALLAH MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN MANUSIA

Untuk menguji dan menyaring hamba-Nya:
a. Siapa yang paling baik amalannya
b. Siapa yang benar dalam ikrar dan janjinya
c. Siapa yang benar-benar sabar atas ujian dan musibah yang ditimpakan-Nya
d. Siapa yang benar-benar bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya
e. Siapa yang benar-benar redha dengan takdir dan ketentuan-Nya : sewaktu hidup di dunia untuk dikurniakan balasan di Akhirat kelak

PERANAN MANUSIA DI DUNIA
a. Sebagai khalifah (wakil) Allah di muka bumi.Manusia menjadi wakil Allah dalam mentadbir bumi dengan menjalankan semua perkara supaya bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang (syariat) yang telah Allah turunkan. Firman Allah:Maksudnya: " Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi"
b. Sebagai hamba Allah yang sentiasa mengabdikan diri (beribadah) kepadaAllah. Yakin, patuh dan taat kepada segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT:Maksudnya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

JENIS DAN BENTUK IBADAH
a. Ibadah Asas
Merangkumi soal-sola yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam dan RukunIslam yang lima. Maka menjadi wajib bagi setiap orang Islam, lelaki mahupun perempuan, yang baligh dan berakal untuk mempelajari, memahami, meyakini, dan melaksanakannya dalam kehidupan.
b. Ibadah Fadhailul a'mal (amalan-amalan utama)
Ibadah-ibadah atau amalan-amalan yang sunat mengamalkannya.
c. Ibadah Umum/Cabang
Berkait rapat dengan ibadah asas. Merangkumi soal-soal hidup kemasyarakatan yang dihukumkan fardhu kifayah melaksanakannya seperti menyelenggarakanmayat, menegakkan jihad, membangunkan pendidikan, ekonomi, perubatan,pertanian, perusahaan dan sebagainya.

Syarat Amalan Menjadi Ibadah
Setiap amalan mesti menepati lima syarat berikut untuk layak dikira sebagai ibadah di sisi Allah SWT:
a. Niat melaksanakan sesuatu perkara itu mestilah betul dan sesuai dengan kehendak syariat.
b. Perkara yang dilakukan nyata dibenarkan, dihalalkan dan diharuskan syariat.
c. Perlasanaan perkara itu bersesuaian dengan peraturan syariat.
d. Natijah atau hasil dari perlaksanaan perkara itu dipergunakan kepada perkara-perkara yang dibenarkan syariat.
e. Tidak pula meninggalkan ibadah-ibadah yang asas seperti sembahyang fardhu, puasa dan lainnya, semasa melaksanakan perkara itu.
Penghalang Ibadah
a. Dunia yang melalaikan dan melekakan.b. Makhluk khususnya manusia yang menghalang dan memesongkan.c. Syaitan yang memusuhi dan memperdayakan.d. Nafsu yang sentiasa mengajak melakukan kejahatan.
Perintang Ibadah
a. Rezeki yang dibimbangkan kedatangannya.b. Takut dan khuatir terhadap bahaya dan kemugkinan-kemungkinan.c. Musibah dan bala bencana yang berupa kesusahan dan kepayahan yang menimpa.d. Takdir dan ketentuan Allah yang menghalang.e. Banyak bertangguh dan banyak beri alasan.
Pendorong Ibadah
a. Rasa harap pada sifat rahmat dan rahim Allah.b. Rasa takut pada azab dan kemurkaan Allah.c. Sentiasa rasa sedikit akan amalan yang telah dilakukan.
Pencacat Ibadah
a. Rasa riyak yakni berbangga dan menunjuk-nunjuk pada orang lain kemampuandiri berbuat ibadah.b. Rasa ujub yakni rasa hairan dan kagum pada diri sendiri atas kemampuan dapat berbuat ibadah.

No comments: