21 November 2008

Keistimewaan Hari Jumaat

Menurut Imam Sayuti antaranya,
Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
Api neraka tidak menyala.
Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.
Bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu. Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk. Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina. Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur. Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."

No comments: